Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Gempur Port Haram Penunggang Motosikal 420 Motosikal Kena Pukat

Diterbitkan: 13 Oct 2025 5.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Shah Alam, 13 Oktober 2025-Sekumpulan penunggang motosikal nekad menongkah arus bagi mengelak ditahan polis dalam operasi besar-besaran di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) berdekatan Plaza Tol Bukit Raja, di sini kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-gempur-port-haram-penunggang-motosikal-420-motosikal-kena-pukat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:32 MYT
Shah Alam, 13 Oktober 2025-Sekumpulan penunggang motosikal nekad menongkah arus bagi mengelak ditahan polis dalam operasi besar-besaran di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) berdekatan Plaza Tol Bukit Raja, di sini kelmarin.

Tinjauan Kosmo mendapati, laluan berkenaan dikenal pasti sebagai ‘port' haram penunggang motosikal termasuk melakukan aksi berbahaya dengan meniarap di atas motosikal, menunggang secara zig-zag dan menghalang laluan kenderaan lain.
Dalam operasi bermula pukul 10 malam itu, suasana bertukar kecoh apabila sebahagian penunggang berpatah balik dan melawan arus sebaik menyedari kehadiran anggota polis.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Mohd. Rozi Jidin berkata, operasi bersepadu itu melibatkan seramai 112 pegawai dan anggota pelbagai agensi.

“Operasi itu dilakukan hasil risikan dan pemantauan berkaitan aktiviti lumba haram dan aksi berbahaya secara berkumpulan di kawasan berkenaan.

“Bagi memastikan keselamatan pengguna, polis menutup kedua-dua arah laluan bagi mengepung penunggang motosikal berkenaan," katanya yang mengetuai operasi itu kelmarin.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.




May be an image of ‎motorcycle and ‎text that says '‎420 motosikal kena 'pukat' 'Port' haram penunggang motosikal digempur 58 mot
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
ArtikelDiterbitkan 13 Oct 2025 5.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM