
Article
Keratan Akhbar Pilihan Polis Gempur Port Haram Penunggang Motosikal 420 Motosikal Kena Pukat
Shah Alam, 13 Oktober 2025-Sekumpulan penunggang motosikal nekad menongkah arus bagi mengelak ditahan polis dalam operasi besar-besaran di Lebuh Raya Lembah Kl...
Shah Alam, 13 Oktober 2025-Sekumpulan penunggang motosikal nekad menongkah arus bagi mengelak ditahan polis dalam operasi besar-besaran di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) berdekatan Plaza Tol Bukit Raja, di sini kelmarin.
Tinjauan Kosmo mendapati, laluan berkenaan dikenal pasti sebagai ‘port' haram penunggang motosikal termasuk melakukan aksi berbahaya dengan meniarap di atas motosikal, menunggang secara zig-zag dan menghalang laluan kenderaan lain.
Dalam operasi bermula pukul 10 malam itu, suasana bertukar kecoh apabila sebahagian penunggang berpatah balik dan melawan arus sebaik menyedari kehadiran anggota polis.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Mohd. Rozi Jidin berkata, operasi bersepadu itu melibatkan seramai 112 pegawai dan anggota pelbagai agensi.
“Operasi itu dilakukan hasil risikan dan pemantauan berkaitan aktiviti lumba haram dan aksi berbahaya secara berkumpulan di kawasan berkenaan.
“Bagi memastikan keselamatan pengguna, polis menutup kedua-dua arah laluan bagi mengepung penunggang motosikal berkenaan," katanya yang mengetuai operasi itu kelmarin.