
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Dedah Taktik Pekerja Buat Laporan Palsu Jadi Mangsa Samun
erdesak mahu menggunakan wang ketika berdepan kesukaran sepanjang pandemik COVID-19 menyebabkan ada pekerja yang diamanahkan mengurus wang syarikat berpura-pur...
Kuala Lumpur, 21 Januari 2022 - Terdesak mahu menggunakan wang ketika berdepan kesukaran sepanjang pandemik COVID-19 menyebabkan ada pekerja yang diamanahkan mengurus wang syarikat berpura-pura menjadi mangsa samun atau rompakan.
Malah, mereka dikesan menggunakan duit itu untuk melangsaikan hutang peribadi, kenderaan dan sebagainya dengan membuat ribuan laporan polis palsu untuk menutupi dosa.
Mendedahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, berdasarkan statistik pada 2019, polis menerima laporan palsu di seluruh negara membabitkan sebanyak 577 kes.
Bagaimanapun, kes laporan palsu meningkat kepada 767 kes pada 2020 sebelum meningkat hampir sekali ganda kepada 1,253 kes setakat penghujung tahun lalu.
"Mereka ini pecah amanah namun mendakwa wang itu tercicir atau menjadi mangsa samun," katanya dalam temubual eksklusif bersama Harian Metro di pejabatnya di Bukit Aman, baru-baru ini.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.