
Artikel
Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Sijil Vaksin Palsu Aplikasi Mysejahtera Lebih 1 000 Individu Disekat
Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa berkata, sekatan itu dibuat bagi membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan siasatan terhadap status...
Kuala Terengganu, 21 Januari 2022 - Aplikasi MySejahtera milik lebih 1,000 individu yang pernah mendapatkan perkhidmatan doktor swasta yang terbabit dalam penjualan sijil vaksinasi COVID-19 disyaki palsu dekat Marang di sini, sudah disekat.
Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa berkata, sekatan itu dibuat bagi membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan siasatan terhadap status yang tertera dalam aplikasi MySejahtera mereka untuk mengesahkan ketulenan vaksinasi masing-masing.
Beliau berkata, siasatan mendapati ada kira-kira 1,900 orang mendapatkan perkhidmatan dengan klinik berkenaan dengan 1,223 permohonan sudah dihantar kepada “vendor” untuk dikemas kini status sebagai penerima vaksin dalam aplikasi MySejahtera.
"Daripada jumlah itu, kita tidak pasti berapa ramai yang sudah siap atau dikemas kini MySejahtera mereka dan ia akan dimaklumkan pihak KKM kelak. Bagaimanapun, semua aplikasi MySejahtera yang berasal dari klinik berkenaan sudah disekat KKM.
"Dalam hal ini, ia tidak berfungsi dan kita sedang menunggu KKM menjalankan semakan sebelum tindakan selanjutnya diambil," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.