Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Dedah Taktik Pekerja Buat Laporan Palsu Jadi Mangsa Samun

Published: 21 Jan 2022 5.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
erdesak mahu menggunakan wang ketika berdepan kesukaran sepanjang pandemik COVID-19 menyebabkan ada pekerja yang diamanahkan mengurus wang syarikat berpura-pura menjadi mangsa samun atau rompakan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-dedah-taktik-pekerja-buat-laporan-palsu-jadi-mangsa-samun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:20 MYT
Kuala Lumpur, 21 Januari 2022 - Terdesak mahu menggunakan wang ketika berdepan kesukaran sepanjang pandemik COVID-19 menyebabkan ada pekerja yang diamanahkan mengurus wang syarikat berpura-pura menjadi mangsa samun atau rompakan.

Malah, mereka dikesan menggunakan duit itu untuk melangsaikan hutang peribadi, kenderaan dan sebagainya dengan membuat ribuan laporan polis palsu untuk menutupi dosa.

Mendedahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, berdasarkan statistik pada 2019, polis menerima laporan palsu di seluruh negara membabitkan sebanyak 577 kes.

Bagaimanapun, kes laporan palsu meningkat kepada 767 kes pada 2020 sebelum meningkat hampir sekali ganda kepada 1,253 kes setakat penghujung tahun lalu.

"Mereka ini pecah amanah namun mendakwa wang itu tercicir atau menjadi mangsa samun," katanya dalam temubual eksklusif bersama Harian Metro di pejabatnya di Bukit Aman, baru-baru ini.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 21 Jan 2022 5.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM