Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Dapat Kebenaran Roboh 128 Jeti Haram Di Sungai Golok

Published: 12 Aug 2025 3.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Tumpat, 12 Ogos 2025 - Polis Kelantan sudah menerima surat kebenaran daripada kerajaan negeri untuk merobohkan 128 jeti haram yang dikesan sepanjang Sungai Golok bermula dari Pengkalan Kubor sehingga ke Rantau Panjang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-dapat-kebenaran-roboh-128-jeti-haram-di-sungai-golok
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:13 MYT
Tumpat, 12 Ogos 2025 - Polis Kelantan sudah menerima surat kebenaran daripada kerajaan negeri untuk merobohkan 128 jeti haram yang dikesan sepanjang Sungai Golok bermula dari Pengkalan Kubor sehingga ke Rantau Panjang.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat, berkata kerja merobohkan jeti haram termasuk yang dibina atas tanah persendirian itu akan dimulakan dalam masa terdekat.

“Kita sudah menerima surat kebenaran daripada kerajaan negeri beberapa hari lalu untuk merobohkan 128 jeti haram yang dibina di sepanjang Sungai Golok bermula dari Pengkalan Kubor hingga Rantau Panjang.

“Kerja merobohkan ini akan dimulakan dalam masa terdekat secara berperingkat dan kita harap dengan tindakan ini dapat menurunkan lagi jenayah rentas sempadan,” katanya di Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am Pengkalan Kubor, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 12 Aug 2025 3.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM