
Artikel
KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS DAPAT KEBENARAN ROBOH 128 JETI HARAM DI SUNGAI GOLOK
Tumpat, 12 Ogos 2025 - Polis Kelantan sudah menerima surat kebenaran daripada kerajaan negeri untuk merobohkan 128 jeti haram yang dikesan sepanjang Sungai Gol...
Tumpat, 12 Ogos 2025 - Polis Kelantan sudah menerima surat kebenaran daripada kerajaan negeri untuk merobohkan 128 jeti haram yang dikesan sepanjang Sungai Golok bermula dari Pengkalan Kubor sehingga ke Rantau Panjang.
Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat, berkata kerja merobohkan jeti haram termasuk yang dibina atas tanah persendirian itu akan dimulakan dalam masa terdekat.
“Kerja merobohkan ini akan dimulakan dalam masa terdekat secara berperingkat dan kita harap dengan tindakan ini dapat menurunkan lagi jenayah rentas sempadan,” katanya di Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am Pengkalan Kubor, di sini, semalam.