
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Buru 5 601 Pembeli Sijil Vaksin
Shah Alam, 20 Januari 2022 - Polis sedang memburu 5,601 individu yang dikesan mendapatkan sijil digital vaksinasi tidak sah daripada sebuah poliklinik di Gomba...
Shah Alam, 20 Januari 2022 - Polis sedang memburu 5,601 individu yang dikesan mendapatkan sijil digital vaksinasi tidak sah daripada sebuah poliklinik di Gombak, Selangor yang diserbu pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed berkata, jumlah berkenaan didapati berdasarkan rampasan komputer yang dijalankan semasa serbuan.
"Ketika serbuan dijalankan, polis merampas komputer yang dipercayai boleh digunakan untuk mengisi data pesakit ke dalam sistem MySejahtera.
"Hasil penelitian di dalam komputer riba yang dirampas terdapat 5,601 pesakit yang telah didaftarkan sebagai penerima vaksinasi ke dalam sistem MySejahtera," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Dato’ Arjunaidi berkata, pihaknya akan mengesan keseluruhan individu berkenaan.
"Apa yang mereka buat ini satu tindakan yang menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan," katanya.
Menurutnya, pada masa sama polis turut mengingatkan kepada mana-mana pihak agar tidak sesekali melakukan kegiatan menjual sijil digital vaksinasi secara tidak sah dan menghentikan perbuatan tersebut.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.