Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Buka Kertas Siasatan Kes Tikam Di Hospital Selayang

Published: 16 Feb 2023 3.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 16 Februari 2023 - Polis telah membuka kertas siasatan berkaitan kes seorang pesakit mental menikam seorang lelaki di Jabatan Kecemasan, Hospital Selayang pada Selasa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-buka-kertas-siasatan-kes-tikam-di-hospital-selayang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:23 MYT
Shah Alam, 16 Februari 2023 - Polis telah membuka kertas siasatan berkaitan kes seorang pesakit mental menikam seorang lelaki di Jabatan Kecemasan, Hospital Selayang pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam berkata, dalam kejadian pada jam 3.45 petang itu, saksi mendakwa suspek berusia 22 tahun telah menikam di bahagian pinggang mangsa dengan menggunakan pisau.

“Akibat serangan itu, mangsa yang berusia 29 tahun mengalami kecederaan pada abdomen kiri dan kanan badan serta bahagian belakang badan," katanya.

Menurutnya, keadaan mangsa kini stabil setelah menjalani pembedahan.

“Punca suspek menyerang mangsa tidak diketahui,” jelasnya.

Tambah Dato' Sasikala Devi, suspek telah diberi rawatan dan ditempatkan di Wad Psikiatri Hospital Selayang.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 16 Feb 2023 3.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM