Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Beku Harta Hampir Rm500 Juta Disyaki Hasil Aktiviti Haram

Published: 27 Dec 2020 2.42 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 27 Disember 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan harta bernilai hampir RM500 juta bagi 2019 sehingga November lalu yang disyaki hasil aktiviti haram.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-beku-harta-hampir-rm500-juta-disyaki-hasil-aktiviti-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:31 MYT
Kuala Lumpur, 27 Disember 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan harta bernilai hampir RM500 juta bagi 2019 sehingga November lalu yang disyaki hasil aktiviti haram.

Dalam tempoh sama, PDRM turut menyita harta dianggarkan RM1.3 bilion mengikut peruntukan seksyen 45, 50 dan 51 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Zainuddin Yaacob berkata, segala aspek tindakan pembekuan, penyitaan dan pelucuthakan harta oleh PDRM dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (BSJPWH) yang bernaung di bawah jabatannya.

"Sepanjang 2019, sebanyak RM274.90 juta harta dibekukan terdiri daripada akaun bank bernilai RM175.18 juta, kenderaan RM7.3 juta serta hartanah RM92.38 juta.

"Bagi tempoh Januari hingga November lalu, RM219.08 juta harta dibeku membabitkan akaun bank RM203.08 juta, kenderaan RM7.6 juta dan hartanah RM8.3 juta," katanya.

Dato’ Zainuddin berkata, bagi tindakan penyitaan pula, keseluruhan harta disita pada tahun lalu berjumlah RM1.22 bilion terdiri daripada akaun bank (RM442.53 juta), kenderaan (RM8.3 juta) dan hartanah (RM77.72 juta).

"Harta lain yang disita tahun lalu adalah wang tunai (RM117.03 juta), cek bank (RM2.5 juta) dan sitaan lain bernilai RM577.27 juta.

"Untuk tahun ini sehingga November lalu, harta berjumlah RM126.62 juta terdiri daripada akaun bank (RM93.64 juta), kenderaan (RM9.02 juta), hartanah (RM17.87 juta), wang tunai (RM3.6 juta), cek bank (RM20.4 juta) dan saham bernilai RM116.54 juta disita," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

Image may contain: 1 person, text that says 'Beku harta hampir RM500j disyaki hasil aktiviti haram PDRM turut sita harta dianggar RM1.3b bagi tempoh 2019 s
ArticlePublished 27 Dec 2020 2.42 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM