
Article
Keratan Akhbar Pilihan Pindaan Wajar Denda Rm10 000 Penjara 2 Tahun Wajar Jika Halang Polis Pengiring Kpn
Kuala Lumpur, 30 Mac 2024 - Pindaan Seksyen 21 Akta Polis 1967 berhubung hukuman terhadap individu menghalang tugas polis pengiring di jalan raya dianggap waja...
Kuala Lumpur, 30 Mac 2024 - Pindaan Seksyen 21 Akta Polis 1967 berhubung hukuman terhadap individu menghalang tugas polis pengiring di jalan raya dianggap wajar dilakukan.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berpendapat pindaan itu adalah wajar dan mempunyai keperluan untuk dilaksanakan.
“Hukuman bagi Seksyen 21 ini dinaikkan sama juga seperti menghalang penjawat awam mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
“Pada saya, sebenarnya Seksyen 21 ini kita (polis) jarang sangat gunakan sebab kita mempunyai Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
“Jadi, tiada masalah jika Seksyen 21 ini dipinda. Kita akan pakai dua-dua dan ikut mana yang lebih baik dan afdal. Memang ia ada keperluan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.