
Artikel
Hari Polis Ke 217 Sembahyang Khas Warga Pdrm Beragama Sikh
Kuala Lumpur, 30 Mac 2024 – Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 yang disambut pada 25 Mac lalu, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Sikh...
Kuala Lumpur, 30 Mac 2024 – Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 yang disambut pada 25 Mac lalu, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Sikh telah mengadakan sembahyang khas di Gurdwara Sahib, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Program yang bermula sejak semalam melibatkan pelbagai aktiviti antaranya gotong-royong membersihkan kawasan sekitar acara sembahyang dan sesi ramah mesra bersama tetamu yang hadir.
Hadir sama, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, pesara CP Dato' Sri Amar Singh Ishar Singh, ACP Pentadbiran, Bahagian Jawatankuasa CE/Pelesenan Am, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Ravindar Singh selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh Mahindar Singh dan para pegawai kanan serta pesara polis beragama Sikh.
Jurugambar: Lans Koperal Hafiza Binti Hassan Saberi dan Lans Koperal Bryanlie Mustin