Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pihak Main Sentimen Provokasi Kena Tindakan Kpn

Published: 15 Feb 2024 3.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang memainkan sentimen dan provokasi melampau, termasuk menerusi media sosial berkait keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pihak-main-sentimen-provokasi-kena-tindakan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:34 MYT
Ipoh, 15 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang memainkan sentimen dan provokasi melampau, termasuk menerusi media sosial berkait keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu.

la berikutan penghakiman bahawa 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah yang dicapai Mahkamah Persekutuan itu turut menyentuh aspek 3R (agama, bangsa, institusi diraja).

Sehubungan itu, Tan Sri Razaruddin berkata, tindakan berbentuk siasatan akan diambil berpandukan laporan dibuat oleh mana-mana pengadu yang terkesan dengan mainan sentimen atau provokasi susulan isu itu, termasuk melalui hantaran di media sosial.

“Sudah ada laporan (diterima polis) dan saya percaya ada lagi laporan akan menyusul selepas ini kerana perkara sebegini menggugat ketenteraman awam. Pada saya ia membawa ke arah mempertikaikan keputusan mahkamah itu sendiri.

“Berkenaan 3R, saya sudah beritahu dari dulu lagi agar jangan sentuh isu sensitif. Apabila isu yang mendatangkan kegusaran dan sensitif untuk agama, institusi diraja dan bangsa, jika ada laporan, kita akan siasat. Selama ini pun, memang itu tindakan yang kita ambil,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan Ujian Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Tahun 2024 di Padang Kawad Kem Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of slow loris and text
ArticlePublished 15 Feb 2024 3.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM