Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Tumpaskan Kegiatan Seludup Migran Warga Myanmar

Published: 12 Nov 2025 2.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-tumpaskan-kegiatan-seludup-migran-warga-myanmar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 12:05 MYT
Tumpat, 12 November 2025 - Tindakan sindiket penyeludupan migran menyumbat 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) terbongkar selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah rumah di Kampung Kok Pasir di sini pada Sabtu.
Serbuan terhadap PATI warga negara Myanmar itu dilakukan kira-kira jam 6 petang menerusi Op Taring Wawasan.

Pemangku Komander Briged Tenggara PGA, ACP Ijid Landu Binju berkata, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat 15 lelaki dan 11 wanita berada di dalam dan luar rumah berkenaan.

“Lima daripada mereka menyerahkan pasport Myanmar, manakala 21 lagi gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 12 Nov 2025 2.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM