
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pga Tahan Tiga Transporter Bawa 20 Pati
Tiga lelaki tempatan yang bertindak sebagai "transporter" ditahan bersama 20 pendatang asing tapa izin (PATI) warganegara Myanmar oleh anggoa Batalion 8 Pasuka...
Kota Bharu, 4 Mei 2023 - Tiga lelaki tempatan yang bertindak sebagai "transporter" ditahan bersama 20 pendatang asing tapa izin (PATI) warganegara Myanmar oleh anggoa Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa di Lundang, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Harun berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kesemua PATI yang terdiri daripada empat perempuan dan 16 lelaki itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
“Siasatan awal mendapati, tiga lelaki tempatan tersebut terlibat dengan aktiviti penyeludupan dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan melalui jalan yang tidak diwartakan.
“Mereka mengenakan bayaran sebanyak RM150 bagi setiap PATI yang dibawa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.