Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Tahan Tiga Transporter Bawa 20 Pati

Published: 04 May 2023 2.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tiga lelaki tempatan yang bertindak sebagai "transporter" ditahan bersama 20 pendatang asing tapa izin (PATI) warganegara Myanmar oleh anggoa Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa di Lundang, di sini pada Selasa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-tahan-tiga-transporter-bawa-20-pati
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:38 MYT
Kota Bharu, 4 Mei 2023 - Tiga lelaki tempatan yang bertindak sebagai "transporter" ditahan bersama 20 pendatang asing tapa izin (PATI) warganegara Myanmar oleh anggoa Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa di Lundang, di sini pada Selasa.

Kesemua mereka ditahan pada jam 12.30 tengah malam selepas anggota PGA melakukan pemeriksaan terhadap tiga buah kenderaan jenis Toyota Alphard, Proton Persona dan Honda Accord.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Harun berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kesemua PATI yang terdiri daripada empat perempuan dan 16 lelaki itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Siasatan awal mendapati, tiga lelaki tempatan tersebut terlibat dengan aktiviti penyeludupan dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan melalui jalan yang tidak diwartakan.

“Mereka mengenakan bayaran sebanyak RM150 bagi setiap PATI yang dibawa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 04 May 2023 2.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM