
Article
Keratan Akhbar Pilihan Pga Tahan Lelaki Gagal Bawa Masuk 275kg Beras Siam
Seorang lelaki tidak sempat menghantar 275 kilogram (kg) beras seludup selepas dicekup anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu dalam serbu...
Tumpat, 1 November 2024 - Seorang lelaki tidak sempat menghantar 275 kilogram (kg) beras seludup selepas dicekup anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu dalam serbuan di pangkalan haram Kebun, Pengkalan Kubor di sini pada Rabu.
Tangkapan dan rampasan itu dilakukan pada jam 6 petang selepas anggota PGA menahan sebuah kereta jenis Proton Satria menerusi Op Taring Wawasan.
“Pemeriksaan lanjut mendapati suspek gagal mengemukakan dokumen sah berkait dengan beras berkenaan.
“Suspek berusia 22 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup beras tersebut ke pasaran tempatan," katanya pada Khamis.
Menurutnya, anggaran nilai rampasan beras dan kereta berjumlah RM10,100.
Dato’ Nik Ros Azhan berkata, suspek dan barang rampasan dibawa ke kompeni taktikal PGA Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian di lampiran.