Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Jaga Keselamatan Ketika Ke Selatan Thailand

Diterbitkan: 01 Nov 2024 2.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Beliau berkata, berdasarkan daftar keluar dan masuk di tiga Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Kelantan iaitu Kompleks ICQS Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga menunjukkan peningkatan pengunjung ke selatan Thailand sejak kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jaga-keselamatan-ketika-ke-selatan-thailand
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:56 MYT
Kota Bharu, 1 November 2024 - Rakyat Kelantan dinasihatkan sentiasa berhati-hati merancang perjalanan dan menjaga keselamatan ketika berkunjung ke selatan Thailand, kata Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata, berdasarkan daftar keluar dan masuk di tiga Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Kelantan iaitu Kompleks ICQS Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga menunjukkan peningkatan pengunjung ke selatan Thailand sejak kelmarin.

“Semua rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Kelantan yang merancang ke selatan Thailand sempena cuti Deepavali dinasihatkan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga,” katanya, semalam.

Beliau berkata, sejak awal Oktober lalu sebanyak 35 serangan dan pengeboman dipercayai berlaku di beberapa wilayah iaitu Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla sehingga mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Dato’ Hj. Mohd Yusoff turut mengingatkan pengunjung supaya menggunakan pintu keluar masuk sah supaya pihak berkuasa kedua-dua negara dapat bertindak sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.

May be an image of slow loris and text
ArtikelDiterbitkan 01 Nov 2024 2.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM