Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pga Tahan Lelaki Gagal Bawa Masuk 275kg Beras Siam

Diterbitkan: 01 Nov 2024 3.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Seorang lelaki tidak sempat menghantar 275 kilogram (kg) beras seludup selepas dicekup anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu dalam serbuan di pangkalan haram Kebun, Pengkalan Kubor di sini pada Rabu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-tahan-lelaki-gagal-bawa-masuk-275kg-beras-siam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:26 MYT
Tumpat, 1 November 2024 - Seorang lelaki tidak sempat menghantar 275 kilogram (kg) beras seludup selepas dicekup anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu dalam serbuan di pangkalan haram Kebun, Pengkalan Kubor di sini pada Rabu.

Tangkapan dan rampasan itu dilakukan pada jam 6 petang selepas anggota PGA menahan sebuah kereta jenis Proton Satria menerusi Op Taring Wawasan.

Komander Briged Tenggara, SAC Dato’ Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan menjumpai beberapa bungkusan beras yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemukan di dalam kenderaan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati suspek gagal mengemukakan dokumen sah berkait dengan beras berkenaan.

“Suspek berusia 22 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup beras tersebut ke pasaran tempatan," katanya pada Khamis.

Menurutnya, anggaran nilai rampasan beras dan kereta berjumlah RM10,100.

Dato’ Nik Ros Azhan berkata, suspek dan barang rampasan dibawa ke kompeni taktikal PGA Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 01 Nov 2024 3.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM