Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pga Tahan 27 Individu Jalankan Aktiviti Kuari Bijih Timah Haram Babit Rampasan Rm28 Juta

Diterbitkan: 24 Oct 2025 8.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kampar, 24 Oktober 2025 - Seramai 19 warga asing antara 27 individu ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA), kelmarin, kerana menjalankan aktiviti kuari bijih timah secara haram di sekitar daerah ini membabitkan rampasan bernilai RM28 juta.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-tahan-27-individu-jalankan-aktiviti-kuari-bijih-timah-haram-babit-rampasan-rm28-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:32 MYT


Kampar, 24 Oktober 2025 - Seramai 19 warga asing antara 27 individu ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA), kelmarin, kerana menjalankan aktiviti kuari bijih timah secara haram di sekitar daerah ini membabitkan rampasan bernilai RM28 juta.

Komander Briged Utara PGA, SAC Shahrum Hashim berkata, penahanan itu membabitkan lapan individu warga tempatan termasuk seorang wanita, 10 lelaki warga China termasuk pengurus tapak kuari, lapan lelaki Bangladesh dan seorang lelaki Nepal.

Menurutnya, antara yang dirampas dalam operasi itu adalah bijih timah dengan anggaran berat 4.5 tan metrik, 60 beg jumbo berisi bahan mineral kasar seberat 30 tan metrik, pelbagai jenis mesin pemprosesan bijih timah dan jentera bernilai RM28.73 juta.

“Serbuan dilaksanakan kerana mereka menjalankan aktiviti kuari bijih timah secara haram tanpa sebarang permit dan kelulusan pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati semua warga asing yang bekerja melanggar syarat dengan menggunakan pas pelawat ke negara ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.


May be an image of text

ArtikelDiterbitkan 24 Oct 2025 8.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM