Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Sita E Waste Rm9 4 Juta

Published: 06 Aug 2026 6.15 AM Updated: 21 Aug 2026 4.43 PM
Ipoh, 6 Ogos 2026 - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 14 individu termasuk 12 warga Myanmar dan merampas sisa elektronik (e-waste) bernilai kira-kira RM9.4 juta, dalam serbuan di tiga premis kilang kitar semula, di sekitar bandar raya ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-sita-e-waste-rm9-4-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:56 MYT
Ipoh, 6 Ogos 2026 - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 14 individu termasuk 12 warga Myanmar dan merampas sisa elektronik (e-waste) bernilai kira-kira RM9.4 juta, dalam serbuan di tiga premis kilang kitar semula, di sekitar bandar raya ini.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, SAC Balveer Singh Mahindar Singh, berkata serbuan melalui operasi bersepadu Op Taring e-Waste hasil risikan selama seminggu, Isnin lalu.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati premis terbabit memasang dan mengendalikan beberapa fasiliti pemprosesan e-waste tanpa notifikasi dan kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS), dengan sejumlah besar sisa elektronik itu didapati disimpan dalam beg serta dilonggok di pekarangan ketiga-tiga premis.

“Pemeriksaan turut menjumpai fasiliti rawatan air yang tidak teratur, sekali gus menimbulkan risiko pencemaran dan ancaman terhadap keselamatan serta kesihatan awam. Kita masih menyiasat daripada mana sisa elektronik itu diambil dan hendak dihantar ke mana.

“Ketiga-ketiga kilang itu mempunyai lesen daripada pihak berkuasa tempatan untuk beroperasi sebagai kilang industri termasuk kitar semula, namun mereka tidak mempunyai lesen atau permit dari JAS bagi aspek pemprosesan ‘e-waste’ berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Briged Utara PGA, Ulu Kinta, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text

ArticlePublished 06 Aug 2026 6.15 AMUpdated 21 Aug 2026 4.43 PM