
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Edar Katrij Vape Dadah Tumpas Tujuh Ditahan
Johor Bahru, 6 Ogos 2026 - Polis menumpaskan sindiket memproses dan mengedar katrij “vape” mengandungi dadah bernilai RM10.68 juta selepas menahan tujuh indivi...
Johor Bahru, 6 Ogos 2026 - Polis menumpaskan sindiket memproses dan mengedar katrij “vape” mengandungi dadah bernilai RM10.68 juta selepas menahan tujuh individu termasuk dua warga asing dalam lima serbuan serentak, Ahad lalu.
Timbalan Ketua Polis Johor, DCP Hoo Chuan Huat, berkata semua suspek adalah lima lelaki tempatan, seorang lelaki serta seorang wanita warga asing berusia 36 hingga 46 tahun.
Katanya, dalam serbuan di stesen minyak di Kawasan Rehat dan Rawat Kulai, polis menahan lelaki tempatan dan wanita warga asing, selain merampas 9,000 katrij “vape” mengandungi dadah disyaki cecair Methamphetamine seberat 82.40 kilogram dengan nilai rampasan RM4.12 juta.
"Dalam serbuan di Iskandar Puteri, lelaki warga asing ditahan di kondominium dijadikan stor pembungkusan dan pengisian katrij vape mengandungi dadah, selain merampas 47 botol mengandungi perisa “vape”, botol mengandungi cecair Methamphetamine seberat 127.55 liter bernilai RM6.37 juta.
"Dalam serbuan itu, polis turut merampas dua paket kokain seberat 0.410 kilogram, satu paket Ketamin seberat 40 gram serta mesin dan peralatan digunakan mengisi cecair ‘vape’," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.