
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pga Senoi Praaq Kawal Sungai Golok Timbalan Kpn
Pasir Mas, 9 Disember 2024 - Pasukan Gerakan Am Am (PGA) Senoi Praaq akan memulakan tugas mengawal Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Rantau Panjang di sini b...
Pasir Mas, 9 Disember 2024 - Pasukan Gerakan Am Am (PGA) Senoi Praaq akan memulakan tugas mengawal Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Rantau Panjang di sini bermula 1 Januari ini.
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ia bagi membantu penugasan di sempadan Malaysia-Thailand.
Sebelum itu beliau turun padang meninjau situasi banjir di negeri ini yang turut disertai Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat.
Media tempatan sebelum ini melaporkan hampir 100 anggota PGA Senoi Praaq akan membantu tugas di sempadan Kelantan-Thailand susulan pelaksanaan larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram bermula 1 Disember lalu.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.