Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas Rokok Elektronik Perisa Vape Bernilai Rm3 Juta

Published: 12 Feb 2026 4.09 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Bharu, 12 Februari 2026 - Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas rokok elektronik dan perisa vape pelbagai jenis bernilai lebih RM3 juta melalui Op Bersepadu E-Cigarette Mega membabitkan tiga negeri di Pantai Timur, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-rampas-rokok-elektronik-perisa-vape-bernilai-rm3-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:39 MYT

Kota Bharu, 12 Februari 2026 - Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas rokok elektronik dan perisa vape pelbagai jenis bernilai lebih RM3 juta melalui Op Bersepadu E-Cigarette Mega membabitkan tiga negeri di Pantai Timur, kelmarin.

Komandernya, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, pihaknya menjalankan 18 serbuan membabitkan lapan premis di Kuantan, tiga di Terengganu dan tujuh di Kelantan.

“Operasi membanteras rokok elektronik dan cecair vape dijalankan serentak semalam, selama empat jam bermula 2 petang sehingga 6 petang membabitkan 157 anggota PGA, 100 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia serta 59 Pihak Berkuasa Tempatan dan 25 pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri terbabit dalam operasi berkenaan.

“Beberapa premis didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), Undang-undang Kecil Perlesenan Tred dan Perindustrian 2019 dan lain-lain tred,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text


ArticlePublished 12 Feb 2026 4.09 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM