
Article
Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas Pakaian Terpakai Lori Rm1 3 Juta
Tumpat, 20 Januari 2025 - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa merampas pakaian terpakai termasuk lori bernilai RM1.3 juta selepas menahan seora...
Tumpat, 20 Januari 2025 - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa merampas pakaian terpakai termasuk lori bernilai RM1.3 juta selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan di pangkalan haram, Pengkalan Kubor di sini kelmarin.
Komander Briged Tenggara, SAC Dato’ Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, sejurus menyedari kehadiran anggota bertugas, kesemua suspek telah bertindak melarikan diri dengan meninggalkan pemandu lori di lokasi.
Menurutnya, pemandu lori berusia 22 tahun tidak sempat melarikan diri dan berjaya ditangkap oleh anggota bertugas.
“Hasil pemeriksaan yang dijalankan membawa kepada penemuan lebih 100 guni pakaian terpakai ditemui di dalam lori tersebut tanpa dokumen yang sah.
“Suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup pakaian tersebut tersebut ke Thailand menggunakan laluan tidak sah,” katanya ketika dihubungi semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.