Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas Lebih Rm172 Juta Barang Bersubsidi Seludup

Published: 27 Jun 2025 3.45 AM Updated: 15 Aug 2026 7.58 PM
Kota Bharu, 27 Jun 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) merekodkan nilai rampasan lebih RM172 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-rampas-lebih-rm172-juta-barang-bersubsidi-seludup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:16 MYT
Kota Bharu, 27 Jun 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) merekodkan nilai rampasan lebih RM172 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, nilai rampasan itu meningkat lima kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu sebanyak RM34 juta.

Katanya, nilai rampasan itu membabitkan keseluruhan 937 kes dengan tangkapan sebanyak 878 individu termasuk 813 lelaki.

“Kegiatan penyeludupan yang dikesan paling banyak adalah barangan bersubsidi seperti minyak masak, petrol dan diesel membabitkan 181 kes.

"Selain itu, barangan runcit, anak pokok, beras dan binatang turut dikesan paling banyak dan menjadi tumpuan penyeludup," katanya.

Datuk Nik Ros berkata, pihaknya sentiasa memperketat kawalan di sempadan bagi mengekang sebarang kegiatan penyeludupan daripada terus berlaku.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar dan pautan terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of ‎1 person and ‎text that says '‎aebG ncara NILAI RAMPASAN LEBIH RM172JUTA Seludup barang subsidi paling tinggi Oleh Nor Fazlina Ab


 
 
 
 
 
 
ArticlePublished 27 Jun 2025 3.45 AMUpdated 15 Aug 2026 7.58 PM