Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Misi Pengaman Pbb Di Sudan Selatan Lima Petugas Pdrm Selamat Tiba Di Tanah Air

Diterbitkan: 27 Jun 2025 2.14 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.58 PM
Sepang, 25 Jun 2025 – Lima petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada empat pegawai dan seorang anggota selamat tiba di tanah air semalam selepas menamatkan penugasan selama setahun dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan Selatan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-misi-pengaman-pbb-di-sudan-selatan-lima-petugas-pdrm-selamat-tiba-di-tanah-air
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:17 MYT
Sepang, 25 Jun 2025 – Lima petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada empat pegawai dan seorang anggota selamat tiba di tanah air semalam selepas menamatkan penugasan selama setahun dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan Selatan.

Ketibaan ACP Loi Poo Lang, Superintendan Mohamad Pouzi Abd Rauf, ASP Manivanan Sundaram, ASP Harminder Singh Pritam Singh dan Sarjan Jim Chin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah disambut oleh Ketua Pegawai Turus Istiadat, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Superintendan Khairul Azman Ro, mewakili pucuk pimpinan tertinggi PDRM.

Mereka telah memulakan misi pada 23 Jun 2024 dan kini kembali dengan pengalaman dan pengetahuan yang berharga dalam arena kepolisan antarabangsa.

Sehingga kini, seramai 4,169 pegawai dan anggota PDRM telah diberi kepercayaan menyertai misi pengaman PBB di 13 buah negara seluruh dunia, membuktikan komitmen Malaysia dalam menjayakan keamanan sejagat.

 
 
 
 
 
 
 

ArtikelDiterbitkan 27 Jun 2025 2.14 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.58 PM