Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas Diesel Mercun Rokok Rm3 5 Juta

Published: 22 Jan 2025 3.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuching, 22 Januari 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak menumpaskan aktiviti penyeludupan dan penyelewengan subsidi dalam serbuan-serbuan di negeri ini, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-rampas-diesel-mercun-rokok-rm3-5-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:30 MYT
Kuching, 22 Januari 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak menumpaskan aktiviti penyeludupan dan penyelewengan subsidi dalam serbuan-serbuan di negeri ini, kelmarin.

Komander Briged PGA Sarawak, SAC Dr. Che Ghazali Che Awang berkata, serbuan itu dilaksanakan menerusi Op Taring Bravo 1, Op Taring Charlie dan Op Taring Batas.
Menurutnya, nilai rampasan mercun dan bunga api, diesel bersubsidi serta rokok dalam empat serbuan itu berjumlah RM3.5 juta.

“Kejayaan pertama dicapai dalam serbuan pada jam 12.05 tengah hari, 20 Januari (kelmarin) oleh sepasukan anggota dari Cawangan Risik Batalion 11 PGA, Kuching terhadap sebuah premis di sekitar bandar raya ini.

“Premis itu disyaki dijadikan tempat penyimpanan mercun dan bunga api. Polis juga menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 64 tahun dan hasil pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 597 kotak mercun dan bunga api yang disimpan di premis itu dengan anggaran nilai keseluruhan berjumlah RM2,149,200,” katanya.

SAC Dr. Che Ghazali berkata, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan untuk tindakan dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 22 Jan 2025 3.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM