Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas Cecair Vape Rm1 18 Juta

Published: 14 Jun 2022 2.09 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Rantau Panjang, 14 Jun 2022 - Tindakan licik penyeludup membawa 21,600 botol cecair vape bernilai RM1.18 juta menggunakan lori sebuah syarikat kurier dikesan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pos Simpangan, Tumpat, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-rampas-cecair-vape-rm1-18-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:01 MYT
Rantau Panjang, 14 Jun 2022 - Tindakan licik penyeludup membawa 21,600 botol cecair vape bernilai RM1.18 juta menggunakan lori sebuah syarikat kurier dikesan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pos Simpangan, Tumpat, semalam.
Timbalan Komander Briged Tenggara PGA, ACP Hakemal Hawari, berkata ketika kejadian anggota bertugas menahan lori terbabit yang dipandu lelaki warga tempatan berusia 34 tahun.

Katanya, ketika pemeriksaan sedang dijalankan, anggota didatangi seorang lelaki berusia 20 tahun yang mengaku sebagai penerima barangan di dalam lori berkenaan.
"Sebaik pemeriksaan dilakukan, didapati terdapat beberapa kotak berwarna coklat yang mengandungi botol dipercayai berisi cecair vape. Kesemua barangan berkenaan disyaki untuk diseludup ke Thailand.

"Anggota kemudian merampas lori dan barangan selain menahan dua lelaki berkenaan untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat bagi tindakan lanjut.
"Kesemua cecair vape kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk disiasat dibawah Seksyen 6 Akta Racun 1952," katanya dalam sidang media di Markas Taktikal PGA Lubok Stol, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 4 people, people standing, military uniform and text
ArticlePublished 14 Jun 2022 2.09 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM