Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas 5 000 Unit Rokok Elektrik Bernilai Rm525 000 Disyaki Dari Negara Jiran

Diterbitkan: 10 Oct 2024 3.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-rampas-5-000-unit-rokok-elektrik-bernilai-rm525-000-disyaki-dari-negara-jiran
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:53 MYT
Tumpat, 10 Oktober 2024 - Kegiatan penyeludupan rokok elektronik tumpas apabila lebih 5,000 unit barang terbabit bernilai RM525,000 dirampas dalam operasi di Kampung Bendang Pak Yong, di sini, kelmarin.

Rampasan rokok elektronik terbabit dibuat sepasukan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Taring Wawasan kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Komander Briged Tenggara, SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pihaknya mengesan sebuah van dalam keadaan mencurigakan di belakang sebuah rumah lalu membuat pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati lebih 5,000 unit rokok elektronik ditemui dalam beberapa kotak dalam van berkenaan.

“Rokok elektronik ini disyaki dari negara jiran dan diseludup masuk ke sini untuk pasaran tempatan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan RM525,000,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 10 Oct 2024 3.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM