Artikel
Artikel Pilihan Pdrm Siasat Dakwaan Anggota Merokok Di Kedai Makan Kpn
Kuala Lumpur, 10 Oktober 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti hantaran di media sosial berhubung anggota didakwa merokok di kedai makan.
Kuala Lumpur, 10 Oktober 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti hantaran di media sosial berhubung anggota didakwa merokok di kedai makan.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya sedang mengenal pasti butiran lanjut termasuk bila kejadian terbabit berlaku.
"Sekiranya ia (merokok di kedai makan) kejadian baru, kita akan mengesan mereka yang terlibat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tan Sri Razarudin turut memberi amaran kepada semua warga PDRM untuk tidak melanggar undang-undang ditetapkan.
"Penyelia juga boleh diambil tindakan di bawah Peraturan 3C Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan &Tatatertib) 1993 sekiranya anggota bawahan mereka melakukan perkara sebegitu," katanya.
Sumber: Berita Harian
