
Article
Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas 5 000 Unit Rokok Elektrik Bernilai Rm525 000 Disyaki Dari Negara Jiran
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
Tumpat, 10 Oktober 2024 - Kegiatan penyeludupan rokok elektronik tumpas apabila lebih 5,000 unit barang terbabit bernilai RM525,000 dirampas dalam operasi di Kampung Bendang Pak Yong, di sini, kelmarin.
Rampasan rokok elektronik terbabit dibuat sepasukan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Taring Wawasan kira-kira jam 1.30 tengah hari.
“Hasil pemeriksaan mendapati lebih 5,000 unit rokok elektronik ditemui dalam beberapa kotak dalam van berkenaan.
“Rokok elektronik ini disyaki dari negara jiran dan diseludup masuk ke sini untuk pasaran tempatan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan RM525,000,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.