Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas 45 Tan Beras Dipercayai Diseludup

Published: 30 Jan 2021 5.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tanah Merah, 30 Januari 2021 - Intipan dan pemantauan yang dilakukan selama dua hari oleh Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) membuahkan hasil apabila menemui sebuah stor yang menyimpan sejumlah beras seludup di Kampung Bendang Buyong, Jalan Jedok di sini, pagi kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-rampas-45-tan-beras-dipercayai-diseludup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:25 MYT
Tanah Merah, 30 Januari 2021 - Intipan dan pemantauan yang dilakukan selama dua hari oleh Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) membuahkan hasil apabila menemui sebuah stor yang menyimpan sejumlah beras seludup di Kampung Bendang Buyong, Jalan Jedok di sini, pagi kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, dua lelaki berusia 24 tahun dan 41 tahun yangdipercayai pemilik serta penjaga stor turut ditahan dalam serbuan pada jam 4 pagi itu.

Menurutnya, serbuan itu dibuat berikutan hasil maklumat awam mengenai kegiatan penyimpanan beras seludup dan anggotanya melakukan intipan serta pemantauan di sekitar pangkalan haram sempadan Malaysia-Thailand yang berdekatan stor terbabit.

“Hasil pemeriksaan yang dibuat menemui sebuah lori dan sebanyak 22 tan beras serta 23 tan beras pulut yang disyaki diseludup dari Thailand.

“Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM299,000 dan laporan dibuat di Balai Polis Batu Gajah untuk tindakan lanjut.” katanya ketika dihubungi.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Harian Metro di lampiran.


No photo description available.
ArticlePublished 30 Jan 2021 5.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM