Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas 3 490 Batang Kayu Rm2 9 Juta

Published: 13 Sep 2025 2.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Komander Briged Tenggara, SAC Dato' Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, serbuan pada pukul 1.30 petang dilakukan oleh sepasukan anggota PGA menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-rampas-3-490-batang-kayu-rm2-9-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:48 MYT
Pasir Mas, 13 September 2025 - Pelbagai jenis kayu bernilai RM2.9 juta dirampas pihak Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kilang kayu di kawasan Perindustrian Apam Pasir Mas, di sini, 10 September lalu.

Komander Briged Tenggara, SAC Dato' Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, serbuan pada pukul 1.30 petang dilakukan oleh sepasukan anggota PGA menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kilang itu gagal mengemas kini dokumen berkaitan pemindahan kayu-kayu yang masuk ke dalam kilang tersebut.

“Sebanyak 1,590 batang kayu bulat pelbagai saiz dan spesies dan 1,900 batang kayu yang sudah siap diproses ditemukan di dalam kilang tersebut.

“Beberapa peralatan memproses kayu dan dua buah jentera berat turut ditemukan di dalam kilang itu,” katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 13 Sep 2025 2.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM