Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas 1 63 Tan Daun Ketum Lelaki Ditahan

Diterbitkan: 15 Oct 2025 6.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ipoh, 15 Oktober 2025 - Sebanyak 1.63 tan metrik daun ketum dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara selepas menahan seorang lelaki ketika pemeriksaan di Kilometer 267, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan selepas Terowong Menora, Selasa lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-rampas-1-63-tan-daun-ketum-lelaki-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:53 MYT

Ipoh, 15 Oktober 2025 - Sebanyak 1.63 tan metrik daun ketum dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara selepas menahan seorang lelaki ketika pemeriksaan di Kilometer 267, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan selepas Terowong Menora, Selasa lalu.

Komander Briged Utara, SAC Shahrum Hashim berkata, dalam serbuan pukul 4.00 pagi itu, Cawangan Risik Briged Utara turut merampas 1,320 botol air ketum dan menyita sebuah lori dengan nilai keseluruhan berjumlah RM304,800.

Tangkapan terhadap suspek berusia lingkungan 30-an itu dilakukan selepas risikan dan intipan selama sebulan.

“Pemeriksaan lori mendapati kenderaan itu dipenuhi ratusan plastik hitam mengandungi daun ketum dan beberapa tong ais berisi air ketum yang dipercayai diperoleh dari kawasan negeri di utara untuk dihantar ke Lembah Klang dan pemandu lori dibayar upah RM500 bagi satu perjalanan membawa masuk bekalan daun dan air ketum,” katanya di sini semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.


 
 
 
 
 
 
ArtikelDiterbitkan 15 Oct 2025 6.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM