Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Patahkan Sindiket Pasaran Bahan Api Tanpa Permit

Published: 14 May 2022 2.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Batu Pahat, 14 Mei 2022 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 5, Simpang Renggam berjaya merampas 55,200 liter minyak diesel subsidi dalam serbuan di sebuah premis di Taman Beroleh, di sini, Rabu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-patahkan-sindiket-pasaran-bahan-api-tanpa-permit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:38 MYT
Batu Pahat, 14 Mei 2022 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 5, Simpang Renggam berjaya merampas 55,200 liter minyak diesel subsidi dalam serbuan di sebuah premis di Taman Beroleh, di sini, Rabu lalu.

Serbuan pada pukul 11.30 malam itu turut menemui sembilan buah mesin berfungsi sebagai pam minyak dan 11 hos getah lutsinar bagi tujuan membekalkan diesel secara haram.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Dimin Awang berkata, dalam serbuan berkenaan, pihaknya turut menahan tiga lelaki warga tempatan berusia lingkungan 24 tahun hingga 54 tahun. "Siasatan awal mendapati sindiket ini dipercayai membekalkan minyak diesel bersubsidi tanpa permit yang sah di sekitar daerah Batu Pahat. "Nilai rampasan kesemua diesel adalah berjumlah RM118,250. Selain itu, polis turut merampas lori tangki jenis Volvo, dua buah tangki putih bersaiz 1,000 liter dan empat buah tangki besi bersaiz 16,000 liter hingga 20,000," katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau, keseluruhan rampasan adalah bernilai RM505,308.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo.

 
ArticlePublished 14 May 2022 2.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM