Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Mahu Tambah Lokasi Kawat Duri Di Sempadan

Published: 18 Feb 2021 2.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Rantau Panjang, 18 Februari 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) bercadang menambah kawat duri di lapan lokasi baharu kawasan sempadan Malaysia-Thailand bagi membanteras jenayah rentas sempadan di sepanjang Sungai Golok.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-mahu-tambah-lokasi-kawat-duri-di-sempadan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:20 MYT

Rantau Panjang, 18 Februari 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) bercadang menambah kawat duri di lapan lokasi baharu kawasan sempadan Malaysia-Thailand bagi membanteras jenayah rentas sempadan di sepanjang Sungai Golok.

Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Tuan Hasan Basri Ahmad Safar berkata, ia adalah penambahan baharu selepas 12 lokasi sedia ada sudah dipasang membabitkan kawasan pangkalan haram yang menjadi lokasi panas golongan penyeludup.

Katanya, kaedah pemasangan kawat duri dilihat efektif dalam mengurangkan kegiatan lintas sempadan selain menunjukkan pengurangan kes membabitkan penyeludupan di kawasan yang dipagar itu.

"Sebelum ini, pemasangan dibuat satu di Kuala Jambu, lima di Jeram Perdah dan enam di Rantau Panjang yang menjadi tumpuan pihak tidak bertanggungjawab menjalankan kegiatan penyeludupan seperti lembu, kambing dan beras, selain pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Selain itu, antara pangkalan haram yang dikenal pasti aktif dengan kegiatan penyeludupan, termasuk pangkalan haram Tok Deh, Syed Agil, Motong, Jeram Perdah, Pok Mat, Tanjong, Kebun, Ujar, Kuala Tat dan Simpangan.

"Paling aktif dengan kegiatan penyeludupan adalah pangkalan haram Abe Li Posmen, di sini dengan 149 kes penyeludupan direkodkan tahun lalu," katanya pada sidang media di Markas PGA Lubok Stoi, di sini, semalam.

Tuan Hassan Basri berkata, jumlah keseluruhan pangkalan haram ialah 128 membabitkan 51 di Sektor Rantau Parjang, Sektor Jeram Perdah (27) dan Sektor Kuala Jambu, Tumpat (51).

"Kita yakin pemasangan kawat duri secara tidak langsung melancarkan tugas anggota PGA di sempadan, malah penyeludup juga tidak berani untuk melaluinya bagi meneruskan kegiatan haram mereka.

"PGA terus komited menjalankan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand dengan pelbagai strategi bagi menumpaskan kegiatan penyeludup yang semakin 'bijak' mengatur langkah untuk menjalankan kegiatan mereka,” katanya.

Sumber: Berita Harian Online

May be an image of 1 person and text

ArticlePublished 18 Feb 2021 2.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM