Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pesara Polis Cekal Jaga Anak Isteri Hidap Penyakit Kronik

Published: 16 May 2021 7.10 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Gua Musang, 16 Mei 2021 - Seorang pesara polis tabah menjaga seorang anak menghidap sakit barah otak dan isteri yang sakit kronik di rumahnya di Bandar Utama di sini sejak empat tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pesara-polis-cekal-jaga-anak-isteri-hidap-penyakit-kronik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:30 MYT
Gua Musang, 16 Mei 2021 - Seorang pesara polis tabah menjaga seorang anak menghidap sakit barah otak dan isteri yang sakit kronik di rumahnya di Bandar Utama di sini sejak empat tahun lalu.

Selepas 40 tahun berkhidmat di beberapa Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) seluruh negara dan berakhir di Ibu Pejabat Polis Gua Musang, kini dia terpaksa menjadi 'doktor' di rumahnya apabila menjaga anak serta isterinya.

Sarjan (Bersara) Zakaria Ibrahim, 64, berkata, dia kerap berulang alik ke Hospital Gua Musang dan Kota Bharu membawa dua ahli keluarganya itu mendapatkan rawatan.

Katanya, sebagai ketua keluarga, dia hadapi ujian Allah dengan penuh sabar menjaga anak, Mohd. Kamil Firdaus, 29, yang mengidap barah otak dan isterinya, Che Rosnah Omar, 63, yang terlantar sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

"Mohd. Kamil Firdaus merupakan anak keempat daripada lima beradik itu sebelum ini bertugas sebagai pembantu perubatan di Klinik Kesihatan Gua Musang.

"Bagaimanapun, dia kini terlantar sakit barah otak di rumahnya hingga hilang ingatan dan badan semakin kurus", katanya ketika ditemui di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar Kosmo seperti di lampiran.

Sumber: Kosmo

May be an image of one or more people, people standing and text that says 'sini Pesara polis cekal jaga anak, isteri hidap penyakit kronik GUA MUSANG Seora
 
 
ArticlePublished 16 May 2021 7.10 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM