
Keratan Akhbar Pilihan Pesara Pdrm Bersemangat Hadiri Perbarisan Sempena Hari Polis Ke 214
Ipoh, 5 April 2021 - Seramai 30 pesara Polis Diraja Malaysia yang pernah bertugas dalam pelbagai jabatan hadir menyaksikan perbarisan sempena sambutan Hari Polis ke-214 bertempat di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Ipoh, baru-baru ini.
Antara yang hadir, Yang Dipertua Persatuan Veteran VAT69 Komando, CP (Bersara) Dato' Abd. Rashid Harun yang juga merupakan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah dan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah.
Dato' Abdul Rashid ketika ditemui melahirkan rasa bangga di atas sambutan berkenaan yang merupakan hari bersejarah untuk diraikan seluruh warga polis sebagai anggota sebuah insitusi keselamatan negara yang disegani.
Ketua Polis Perak, CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid kemudian turut merakam gambar kenangan bersama para veteran selepas upacara perbarisan selesai.
Sumber: Kosmo Online