Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pesara Pdrm Bersemangat Hadiri Perbarisan Sempena Hari Polis Ke 214

Published: 05 Apr 2021 2.42 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ipoh, 5 April 2021 - Seramai 30 pesara Polis Diraja Malaysia yang pernah bertugas dalam pelbagai jabatan hadir menyaksikan perbarisan sempena sambutan Hari Polis ke-214 bertempat di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Ipoh, baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pesara-pdrm-bersemangat-hadiri-perbarisan-sempena-hari-polis-ke-214
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:22 MYT

Ipoh, 5 April 2021 - Seramai 30 pesara Polis Diraja Malaysia yang pernah bertugas dalam pelbagai jabatan hadir menyaksikan perbarisan sempena sambutan Hari Polis ke-214 bertempat di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Ipoh, baru-baru ini.

Antara yang hadir, Yang Dipertua Persatuan Veteran VAT69 Komando, CP (Bersara) Dato' Abd. Rashid Harun yang juga merupakan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah dan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah.

Dato' Abdul Rashid ketika ditemui melahirkan rasa bangga di atas sambutan berkenaan yang merupakan hari bersejarah untuk diraikan seluruh warga polis sebagai anggota sebuah insitusi keselamatan negara yang disegani.

Ketua Polis Perak, CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid kemudian turut merakam gambar kenangan bersama para veteran selepas upacara perbarisan selesai.

Sumber: Kosmo Online

May be an image of one or more people, people standing and text that says 'Pesara PDRM bersemangat hadiri perbarisan sempena Hari Polis ke-214 BERSEMANGAT.


 

ArticlePublished 05 Apr 2021 2.42 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM