Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pertaruhan Perlumbaan Haram Paling Besar Cecah Rm165 000 Pengarah Jspt

Published: 01 Jun 2022 3.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 1 Jun 2022 - Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman mengesahkan perlumbaan haram di negara ini melibatkan wang pertaruhan dan paling besar pernah dikesan polis berjumlah RM165,000.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pertaruhan-perlumbaan-haram-paling-besar-cecah-rm165-000-pengarah-jspt
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:51 MYT
Petaling Jaya, 1 Jun 2022 - Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman mengesahkan perlumbaan haram di negara ini melibatkan wang pertaruhan dan paling besar pernah dikesan polis berjumlah RM165,000.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah JSPT, CP Datuk Wira Mat Kassim Karim berkata, sejak tahun 2018 hingga tahun lalu, pihaknya mengenal pasti enam perlumbaan haram melibatkan pertaruhan berjumlah RM214,800.

"Yang paling tertinggi dikesan pada 2018 iaitu di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Changkat Jering, Perak (RM165,000) dan terbaharu pada 2021 melibatkan Lebuh Raya Shapadu, kira-kira RM5,000 jumlah dipertaruhkan.

"Malah, JSPT sedang dalam usaha mengenal pasti beberapa bengkel yang terlibat dalam pertaruhan lumba haram di seluruh negara dan tindakan tegas akan diambil," katanya.

Mengulas lanjut, Datuk Wira Mat Kassim berkata, sejak tahun lalu, Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) turut digunakan bagi menangani isu samseng jalanan, namun sehingga kini tiada tangkapan dijalankan di bawah akta tersebut.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia di lampiran.

Sumber: Utusan Online

 
ArticlePublished 01 Jun 2022 3.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM