
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Perit Terkenang Rakan Seperjuangan Terkorban Menentang Komunis
Kuala Terengganu, 18 September 2024 - Linangan air mata bekas anggota “Jungle Squad” atau kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am ketika menceritakan pengalam...
Kuala Terengganu, 18 September 2024 - Linangan air mata bekas anggota “Jungle Squad” atau kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am ketika menceritakan pengalaman menentang komunis menggambarkan peritnya perjuangan mempertahankan negara.
Sarjan Besar yang mesra disapa Tok Ki berkata, dia yang sebelum ini bekerja sebagai nelayan mula menyertai “Jungle Squad” pada tahun 1948 dan pernah berkhidmat di beberapa kawasan seperti Kuala Lumpur dan Selangor ketika zaman penjajahan komunis.
“Banyak yang saya lalui sepanjang berkhidmat dalam pasukan, namun apa yang masih segar dalam ingatan apabila berjaya menembak dua komunis.
“Boleh dikatakan hampir setiap hari kami menentang komunis dan banyak suka duka dilalui dalam tempoh itu.
“Apa yang lebih perit tentunya apabila melihat rakan seperjuangan terkorban dan seingat saya, lebih 40 rakan terkorban sepanjang tempoh menentang komunis,” katanya di rumahnya, di Chabang Tiga di sini.
Ketika ditanya sama ada pernah tercedera ketika menentang komunis, Tok Ki berkata, dia bersyukur tidak pernah mengalami kecederaan.
“Alhamdulillah, saya tak pernah cedera dan setiap kali keluar bertugas, saya akan membaca beberapa doa termasuk surah Yusuf yang menjadi pendinding selain bertawakal kepada Allah SWT,” katanya yang bersara sebagai Ketua Polis Balai Pulau Bidong dengan pangkat sarjan pada 1984.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.