Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Perit Terkenang Rakan Seperjuangan Terkorban Menentang Komunis

Diterbitkan: 18 Sep 2024 8.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Terengganu, 18 September 2024 - Linangan air mata bekas anggota “Jungle Squad” atau kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am ketika menceritakan pengalaman menentang komunis menggambarkan peritnya perjuangan mempertahankan negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-perit-terkenang-rakan-seperjuangan-terkorban-menentang-komunis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:22 MYT
Kuala Terengganu, 18 September 2024 - Linangan air mata bekas anggota “Jungle Squad” atau kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am ketika menceritakan pengalaman menentang komunis menggambarkan peritnya perjuangan mempertahankan negara.

Malah pesara polis, Sarjan Besar Long, 103, sekali lagi tidak dapat menahan sebak tatkala menceritakan pemergian rakan seperjuangannya ketika melawan komunis.

Sarjan Besar yang mesra disapa Tok Ki berkata, dia yang sebelum ini bekerja sebagai nelayan mula menyertai “Jungle Squad” pada tahun 1948 dan pernah berkhidmat di beberapa kawasan seperti Kuala Lumpur dan Selangor ketika zaman penjajahan komunis.

“Banyak yang saya lalui sepanjang berkhidmat dalam pasukan, namun apa yang masih segar dalam ingatan apabila berjaya menembak dua komunis.

“Boleh dikatakan hampir setiap hari kami menentang komunis dan banyak suka duka dilalui dalam tempoh itu.

“Apa yang lebih perit tentunya apabila melihat rakan seperjuangan terkorban dan seingat saya, lebih 40 rakan terkorban sepanjang tempoh menentang komunis,” katanya di rumahnya, di Chabang Tiga di sini.

Ketika ditanya sama ada pernah tercedera ketika menentang komunis, Tok Ki berkata, dia bersyukur tidak pernah mengalami kecederaan.

“Alhamdulillah, saya tak pernah cedera dan setiap kali keluar bertugas, saya akan membaca beberapa doa termasuk surah Yusuf yang menjadi pendinding selain bertawakal kepada Allah SWT,” katanya yang bersara sebagai Ketua Polis Balai Pulau Bidong dengan pangkat sarjan pada 1984.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be a doodle of 2 people and text
ArtikelDiterbitkan 18 Sep 2024 8.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM