Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Perbuatan Hina Rupa Fizikal Satu Jenayah

Published: 21 Sep 2020 1.31 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Jom saksikan wawancara khas melalui panggilan telefon bersama Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Tuan Baharudin Mat Taib mengenai penahanan suspek langgar lari seorang pegawai polis dalam satu kejadian di Bulatan Puncak Perdana, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-perbuatan-hina-rupa-fizikal-satu-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:04 MYT

Perbuatan mengutuk, menghina dan mencaci bentuk tubuh seseorang (body shaming) adalah satu kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan undang-undang.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata, undang-undang yang terpakai di Malaysia untuk menangani pelakuan jenayah berkenaan adalah di bawah Seksyen 233(1)(a)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

"Mereka yang didapati bersalah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, manakala kesalahan di bawah Seksyen 509 KK boleh dikenakan penjara sehingga lima tahun.

"Bagi kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil pula, seseorang yang didakwa boleh didenda tidak melebihi RM100," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian berikut.

Sumber: Sinar Harian

Image may contain: 1 person, text that says 'Boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 dan penjara Body shaming kesalahan jenayah Kesalahan seseorang mele



ArticlePublished 21 Sep 2020 1.31 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM