
Posting Pilihan Selamat Berehat Tho Terima Kasih Atas Jasamu Kepada Pasukan
Kuantan, 20 September 2020 - Setelah menanggung kesakitan akibat sakit tua, akhirnya seekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang bernama Tho, 12, menghembus nafasnya yang terakhir pada semalam, kira-kira jam 7.30 malam.
Tho yang dilahirkan pada 30 Januari 2008 pernah berkhidmat di Seksyen K9 IPK Johor, sebelum dipindahkan ke IPK Pahang pada 1 Jun 2018.
Tho merupakan antara aset hidup Polis Diraja Malaysia yang banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam siasatan melalui kemahiran pengesanannya, selain membantu kes-kes melibatkan narkotik.
Selamat berehat buat selamanya, Tho. Sesungguhnya kehilanganmu amat dirasai dan terima kasih yang tidak terhingga atas jasa baktimu kepada Pasukan selama ini. 😔🐕🦺❤️
Sumber: JSJ Kontinjen Pahang