
Article
Keratan Akhbar Pilihan Penunggang Motosikal Tak Takut Mati
Petaling Jaya, 31 Januari 2023 - Banyak kes maut, cedera parah atau cacat disebabkan nahas belum dapat memberi keinsafan kepada segelintir penunggang motosikal...
Petaling Jaya, 31 Januari 2023 - Banyak kes maut, cedera parah atau cacat disebabkan nahas belum dapat memberi keinsafan kepada segelintir penunggang motosikal apabila masih ramai menunggang kenderaan itu tanpa menghiraukan keselamatan orang lain dan diri sendiri.
Walaupun melihat kemalangan maut di depan mata, nampak kawan tergolek dan patah riuk akibat lumba haram atau menunggang secara melulu, namun ia hanya membuatkan mereka insaf sekejap sebelum kembali menunggang motosikal secara berbahaya.
Kesalahan yang sering dilakukan termasuk melanggar lampu isyarat, tidak menggunakan "signal" dan mencelah-celah ketika sesak.
Keadaan itu selari dengan kajian Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia apabila merekodkan 2,916 atau 66.6 peratus kemalangan melibatkan penunggang motosikal dari Januari hingga September tahun lalu.
Ikuti penjelasan lanjut oleh Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Rozmi Ismail seperti dalam keratan akhbar terbitan Kosmo.
See insights and ads
All reactions:
7272