
Article
Keratan Akhbar Pilihan Penunggang Motosikal Rempuh Inspektor Polis Didakwa
Kuala Lumpur, 15 April 2021 - Seorang kontraktor dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret Selayang di sini pada Rabu atas tiga pertuduhan iaitu menghalang penjawat...
Kuala Lumpur, 15 April 2021 - Seorang kontraktor dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret Selayang di sini pada Rabu atas tiga pertuduhan iaitu menghalang penjawat awam, tidak berhenti semasa sekatan jalan raya dan menunggang motosikal secara melulu, minggu lepas.
Ahmad Yatimi Abdul Majid, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan dan Nur Hafizah Rajuni.
Mengikut pertuduhan pertama, Ahmad Yatimi didakwa dengan niat telah menghalang penjawat awam iaitu Sarjan Muhammad Iqram Ahmad Shahril dalam menjalankan tugasnya di Kilometer 26, Plaza Tol Taman Rimba Templer arah Kuala Selangor pada 12.20 tengahari, 8 April lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa tidak mematuhi isyarat yang diberikan oleh anggota polis sama untuk memberhentikan motosikal ditungganginya sebelum tiba di sekatan jalan raya di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 26(2) Akta polis 1967 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 12 bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.
Sumber: