Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Penunggang Basikal Dalam Radar

Published: 29 Dec 2020 10.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Polis Putrajaya kini meningkatkan pemantauan terhadap penunggang basikal yang memilih beriadah di pusat pentadbiran kerajaan itu bagi memastikan mereka mematuhi peraturan lalu lintas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-penunggang-basikal-dalam-radar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:12 MYT

Putrajaya, 29 Disember 2020 - Polis Putrajaya kini meningkatkan pemantauan terhadap penunggang basikal yang memilih beriadah di pusat pentadbiran kerajaan itu bagi memastikan mereka mematuhi peraturan lalu lintas.

Ia bagi mengelakkan kemalangan maut yang menimpa seorang penunggang basikal baru-baru ini tidak berulang.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Tuan Mohd Fadzil Ali berkata, pihaknya akan menggandakan operasi pemantauan ketika pasukan trafik mengadakan rondaan di sekitar pusat kerajaan itu termasuk di kawasan menempatkan bangunan pentadbiran di sini.

Katanya, dalam operasi pemantauan itu polis tidak mengeluarkan saman berikutan masih di peringkat memberi pendidikan dan bimbingan kepada pengguna.

"Operasi pemantauan ini susulan kemalangan maut membabitkan seorang penunggang basikal wanita di Jambatan Putrajaya berdekatan Kelab Tasik Putrajaya sebelum ini.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

Sumber: Harian Metro

Keratan Akhbar Pilihan Penunggang Basikal Dalam Radar

ArticlePublished 29 Dec 2020 10.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM