Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Penjaja Di Lampu Isyarat Disaman

Diterbitkan: 04 Jan 2022 5.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 4 Januari 2022 - Polis Diraja Malaysia menerusi Ops Khas Penjaja Jalanan telah mengeluarkan sebanyak 215 saman dan 137 tindakan advokasi terhadap peniaga yang menjaja di persimpangan lampu isyarat di seluruh negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-penjaja-di-lampu-isyarat-disaman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:17 MYT
Shah Alam, 4 Januari 2022 - Polis Diraja Malaysia menerusi Ops Khas Penjaja Jalanan telah mengeluarkan sebanyak 215 saman dan 137 tindakan advokasi terhadap peniaga yang menjaja di persimpangan lampu isyarat di seluruh negara.

Timbalan Pengarah I (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Nadzri Hussain berkata, sebanyak 11 tindakan rampasan turut diambil dalam Ops Khas yang bermula dari 13 hingga 31 Disember tersebut.

Menurutnya, Ops Khas selama 19 hari berkenaan dijalankan untuk mengurangkan risiko kemalangan terhadap pengguna jalan raya dan penjaja itu sendiri.

"Lokasi yang sering berlakunya aktiviti ini adalah di persimpangan lampu isyarat jalan dengan penjaja menjual makanan jeruk mangga dan Iain-lain makanan serta minuman.
"Aktiviti seperti ini sekiranya tidak dikawal boleh mendatangkan risiko bahaya dan kemalangan kepada penjaja itu sendiri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, aktiviti jualan seumpama itu adalah satu kesalahan di bawah Kaedah 10A (1) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 1959 (LN 166/59) yang menyatakan tiada urusan jual beli di persimpangan atau mana-mana jalan raya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of car, outdoors and text
ArtikelDiterbitkan 04 Jan 2022 5.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM