
Article
Keratan Akhbar Pilihan Pengusaha Disiasat Ikut Tiga Seksyen
Hulu Selangor, 19 Disember 2022 – Pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm berdepan siasatan mengikut tiga seksyen, termasuk Seksyen 304A Kanun Keseks...
Hulu Selangor, 19 Disember 2022 – Pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm berdepan siasatan mengikut tiga seksyen, termasuk Seksyen 304A Kanun Keseksaan (KK) iaitu menyebabkan kematian tanpa niat.
Selain itu, lelaki berusia 50-an terbabit disiasat kerana menyebabkan kegusaran awam mengikut seksyen 290 kanun sama.
Mengikut Seksyen 304A KK, sesiapa yang menyebabkan kematian seseorang dengan melakukan apa-apa perbuatan gopoh atau cuai yang tidak terjumlah kepada mematikan orang dengan salah, boleh dihukum penjara selama sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya.
Ketua Polis Daerah Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, memaklumkan polis selesai merakam keterangan pengusaha tapak perkhemahan itu serta dua perkerjanya, kelmarin.